Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Jerayawara MINI kembali lagi buat kali kedua pada tahun ini, yang berlangsung selama tiga hari bermula kelmarin di Rimba Point Mall.
Diadakan oleh QAF Auto Sdn Bhd selaku pengedar rasmi MINI di Brunei Darussalam, jerayawara berkenaan mempamerkan barisan MINI terkini termasuk MINI Hatch tiga dan lima pintu serta dan MINI Countryman.
Di samping itu, barangan MINI daripada koleksi MINI Lifestyle juga boleh didapati pada acara tersebut yang membolehkan pencinta MINI mendapatkan barisan terkini pakaian dan barangan tulen yang berkualiti tinggi.
Acara tersebut menjadi platform yang hebat untuk semua orang untuk melihat model MINI dan juga untuk menguji pandu serta mencuba go-kart hero berkenaan.
Pelanggan boleh menguji pandu tiga model MINI yang berlainan iaitu MINI Cooper S lima pintu, MINI One lima pintu dan MINI Countryman.
Setiap uji pandu, pelanggan akan diberikan baucar kopi secara percuma daripada Starbucks.
Selain itu, pasukan jualan MINI akan berada di sana untuk memberikan maklumat bagi mereka yang berminat pada tawaran akhir tahun, beli sekarang bayar nanti dengan pelan ansuran tiga bulan percuma atau pelan tukar beli (Trade-in Plan).
Setiap pendaftaran, pelanggan akan berhak untuk mengikuti cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah seperti diskaun pada barangan atau ‘MINI Lifestyle’, diskaun pada aksesori asli MINI, baucar membeli-belah SupaSave, pakej salutan (coating) seramik percuma, penginapan mingguan di The Empire Brunei, baucar minum petang dan pelbagai lagi.
