Oleh Daniel Lim –
BELAIT, 8 NOV – Peserta yang terdiri daripada belia dari seluruh Daerah Belait belajar menghayati seni mengait sebagai sebahagian daripada program asas anjuran Persatuan PERTIWI dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Belait di Dewan Pusat Belia Mini, Kuala Belait, hari ini.
Program itu bertujuan memperkenalkan asas mengait menggunakan benang yan, yang membentuk asas mengait pelbagai jenis barangan, daripada alas meja hinggalah topi dan rantai kunci.
Pengerusi PERTIWI, Dayang Fatimah binti Tanji berkata program itu diadakan sebagai persediaan menghadapi Hari Bertindak (DOA) akan datang yang dijadual diadakan pada bulan Disember.
“Kami mahu mebantu memprmosikan keusahawanan sosial da pembangunan belia dengan menyediakan peluang kepada belia untuk mempelajari kemahiran baharu,” jelasnya.
Beliau menambah bahawa produk-produk kait hasil tangan peserta sepanjang program itu juga akan dipamerkan semasa acara DOA akan datang di Daerah Belait.
Program itu dijadualkan diteruskan setiap hari Jumaat sehingga 29 November.