Oleh Imelda Groves HA
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mei – Bersempena dengan KL Mega Raya 2017 yang dianjurkan oleh Qaisara Dreams, Royal Brunei Catering Sdn Bhd (RBC) selaku rakan kongsi acara berkenaan telah memberi peluang kepada orang ramai dan para peminat untuk bersungkai bersama selebriti-selebriti terkenal Malaysia di restoran-restoran RBC.
Antara selebriti berkenaan seperti Awal Ashaari, Scha Alyahya, Lara Alaana, Nora Danish, Elfira Loy, Harris Baba, Izzue Islam, Janna Nick, Mat Dan, Ameera Zaini, Wawa dan Aeril, Nur Sajat dan Hafiz Hamdan.
Bagi mengelak sebarang kehampaan, para peminat bolehlah membuat tempahan meja dengan menghubungi restoran-restoran RBC tersebut iaitu Anjung Saujana, The Horizons Seafood, Dynasty dan Seasons bermula dari 30 Mei hingga 3 Jun ini.
