Wednesday, May 14, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peluang bertemu raja dikasihi

    Oleh Yusrin Junaidi & Salawati Haji Yahya
    Gambar oleh Bahyiah Bakir

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Jun – Majlis istana terbuka merupakan peluang bagi rakyat negara ini untuk bersua muka dengan raja yang dikasihi, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta kerabat diraja yang lain.

    Rasa kasih rakyat terhadap Baginda Sultan dapat dilihat dengan kehadiran ramai rakyat Baginda tanpa mengira usia dan latar belakang pada Majlis Junjung Ziarah di Istana Nurul Iman, hari ini, termasuk daripada golongan berkeperluan khas yang tidak melepaskan peluang untuk bersemuka dengan raja dikasihi dan yang sentiasa pemedulian serta mengambil perhatian berat terhadap kebajikan dan kehidupan rakyat jelata, walaupun ada di antara mereka menggunakan kerusi roda dan ada yang dibantu oleh keluarga terdekat.

    Salah seorang warga emas kurang upaya, Hajah Amas binti Aman, 80, yang ditemui berkata bahawa selagi hayat masih ada, beliau tidak ingin melepaskan peluang untuk menjunjung ziarah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta kerabat diraja yang lain serta menyaksikan sendiri di sekitar Istana Nurul Iman.

    Beliau memberitahu, tahun ini merupakan kali pertama beliau mengunjungi istana bersama anak dan cucunya.

    Bagi Hajah Bungsu binti Haji Ahmad, berusia 80-an, dari Kampung Saba, pula memberitahu bahawa berkunjung ke Istana Nurul Iman sempena Hari Raya Aidilfitri merupakan salah satu aktiviti tahunannya yang mana tahun ini, seramai 30 orang warga emas dan kurang upaya menyertai rombongan menjunjung ziarah berkenaan.

    Lebih 100 orang warga emas yang kurang upaya berkunjung ke Istana Nurul Iman pada hari pertama istana dibuka untuk kunjungan orang ramai, semalam.
    Lebih 100 orang warga emas yang kurang upaya berkunjung ke Istana Nurul Iman pada hari pertama istana dibuka untuk kunjungan orang ramai, semalam.
    Dayang Adi teruja untuk berkunjung ke Istana Nurul Iman sempena Hari Raya Aidilfitri.
    Dayang Adi teruja untuk berkunjung ke Istana Nurul Iman sempena Hari Raya Aidilfitri.
    Hajah Amas berpeluang menyembahkan ucapan Selamat Hari Raya kehadapan majlis Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.
    Hajah Amas berpeluang menyembahkan ucapan Selamat Hari Raya kehadapan majlis Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.
    Hajah Bungsu melahirkan perasaan sangat gembira kerana berpeluang berkunjung ke Istana Nurul Iman.
    Hajah Bungsu melahirkan perasaan sangat gembira kerana berpeluang berkunjung ke Istana Nurul Iman.
    Awang Mohd Malik juga tidak melepaskan peluang untuk sama-sama berkunjung ke Istana Nurul Iman dan memeriahkan lagi suasana Hari Raya di istana.
    Awang Mohd Malik juga tidak melepaskan peluang untuk sama-sama berkunjung ke Istana Nurul Iman dan memeriahkan lagi suasana Hari Raya di istana.
    Ahli-ahli orang berkeperluan khas merasa gembira dan bersyukur kerana dapat berjunjung ziarah di majlis terbuka Istana Nurul Iman.
    Ahli-ahli orang berkeperluan khas merasa gembira dan bersyukur kerana dapat berjunjung ziarah di majlis terbuka Istana Nurul Iman.

    Manakala itu, ahli-ahli orang berkeperluan khas, Haji Mohammad Rudy Izman bin Haji Badar dari Bahagian Pemulihan Cara Kerja, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Haji Noorsihanuddin bin Haji Noor Kaseh dari Bahagian Pemulihan Cara Kerja, Pusat Neurosains, Strok dan Pemulihan (BNSRC), Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC), Awang Haslan bin Matasan dari Paralimpik Brunei dan Awang Hirdan bin Haji Abdul Kadir dari Pusat Bahagia, Jabatan Pembangunan Belia, masing-masing menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas kurnia peribadi Baginda dan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

    Media Permata juga berkesempatan menemu bual seorang mualaf dari Seria, Chong Sui Ming atau kini dikenali dengan nama Islamnya Awang Mohd Malik bin Abdullah yang melahirkan perasaan amat ber-besar hati kerana berpeluang hadir ke istana untuk mengikuti junjung ziarah setiap tahun dan menikmati suasana Hari Raya bersama ahli-ahli persatuan.

    Sementara itu, seorang lagi warga emas yang ditemui, Dayang Adi binti Amas, 71, berkata bahawa beliau sentiasa bersemangat hadir ke Istana Nurul Iman dan, hari ini, beliau bertolak dari rumahnya sejak pukul 7 pagi lagi

    Menurut beliau, ini merupakan peluang rakyat Brunei bertemu dengan raja di Hari Raya Aidilfitri dan berpeluang memasuki serta melihat suasana Hari Raya Aidilfitri bersama rakyat di Istana Nurul Iman.

    Dalam kesempatan itu, beliau mengucapkan Selamat Hari Keputeraan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, semoga Baginda dilanjutkan usia dan kekal karar memerintah Negara.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/