BANDAR SERI BEGAWAN, 24 APRIL – Mantan warga Radio Televisyen Brunei (RTB) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Selasa lalu di Anggerek Desa.
Majlis tersebut merupakan peluang yang indah untuk bertemu semula dengan rakan-rakan lama, berkongsi cerita sambil menikmati hidangan bersama-sama.
Suasana dipenuhi dengan kegembiraan mengenang kembali pengalaman bekerja bersama, ikatan persahabatan dan keakraban yang terjalin. Acara dimeriahkan dengan sesi karaoke.
