Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peluang cipta logo

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JULAI – Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian memaklumkan bahawa kementerian berkenaan sedang menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo yang akan dibukakan kepada orang ramai selama sebulan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian, di sini, hari ini, rekaan logo terbaik daripada pertandingan berkenaan akan dijadikan logo rasmi kementerian itu. Kenyataan menyatakan bahawa syarat penyertaan dalam pertandingan itu ialah ia dibukakan kepada warganegara dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam bagi semua peringkat umur dan jumlah penyertaan adalah tidak terhad.

    Kriteria reka bentuk menurut kenyataan itu lagi ialah semua reka cipta adalah asli, reka cipta mencerminkan peranan, fungsi dan perkhidmatan teras kementerian, memasukkan nama kementerian serta panji-panji Negara Brunei Darussalam di dalam warna asalnya, nama kementerian disertakan dalam Bahasa Inggeris dan Melayu serta tulisan jawi dan mengambil kira warna-warna korporat iaitu navy blue dan mustard yellow. Semua penyertaan haruslah melalui www.memi.gov.bn/logodesign dan tarikh tutup adalah pada Sabtu, 10 Ogos 2019.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda