Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Feb – Sebagai sebahagian daripada aktiviti sokongan untuk meningkatkan kapasiti da’ie serta meningkatkan kualiti penyampaian dakwah ke arah membangunkan masyarakat Rabbani, Pusat Dakwah Islamiah (PDI) telah mengadakan Kursus ‘Impactful English Presentations for Da’ie’.
Seramai 20 orang Da’ie PDI telah menyertai program sehari berkenaan yang diadakan di Bilik Al-Iman, Bangunan Darul Huda, PDI.
Kursus tersebut telah dikendalikan oleh fasilitator jemputan dari CfBT, Enda Cunningham.
Program berkenaan bertujuan untuk memberi peluang kepada Da’ie PDI untuk menguasai pelbagai bahasa sebagai platform da’ie untuk menyebarkan dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat bukan Melayu di Negara Brunei Darussalam.
