Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peluang fahami kesejahteraan mental

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OKT – Dalam membarigakan mengenai kesihatan mental, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dan Kementerian Kesihatan dengan sokongan Kolej Pengajian Siswazah Antarabangsa (IGS) akan menganjurkan Jerayawara Kesejahteraan Mental 2023, esok.

    Diadakan di Pusat Perhubungan Pemasaran Perniagaan (BMCC), Kolej IGS, jerayawara akan diisikan dengan pameran-pameran berkaitan kesihatan mental menurut perspektif Islam, solat dan kesejahteraan mental, penghayatan bacaan dalam solat dan zikir, dan kesejahteraan mental dalam keluarga.

    Di samping itu, mengenai penjagaan kesihatan diri dalam Islam (Jasmani dan Pemakanan), perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan mental di Kementerian Kesihatan, penjagaan kesihatan mental secara holistik termasuk garis panduan kegiatan fizikal kebangsaan bagi Negara Brunei Darussalam dan BN on The Move & Healthy Index Risk Assessment.

    Turut diadakan adalah sesi kongsi sama pakar dan ilmuan daripada Kementerian Kesihatan dan KUPU SB antaranya mengenai Psychological First Aid, ‘Kesihatan Mental adalah hak asasi Manusia’, penyucian jiwa dan hubungannya dengan kesejahteraan mental dan coping MechanismHolistic approach.

    Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan hadir ke jerayawara berkenaan bagi mendapatkan maklumat terkini berkenaan kesejahteraan mental, dan untuk pertanyaan serta maklumat lanjut, boleh menghubungi Pejabat Antarabangsa dan Perhubungan Awam KUPU SB di talian 7152914.

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda