Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peluang hantar manuskrip untuk terbitan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Jabatan Muzium-muzium (JMM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan mengalu-alukan dan membukakan peluang bagi mereka yang berminat menghantar manuskrip untuk dimuatkan dalam The Brunei Museum Journal 2020/2021.

    Menurut jabatan tersebut, jurnal itu merupakan jurnal ilmiah peer-reviewed yang menumpukan kepada skop penyelidikan dan kajian mengenai Asia Tenggara, khususnya Kepulauan Borneo dalam bidang museologi, seni halus, sains sosial seperti antropologi dan sejarah, sains natural seperti ilmu biologi, botani dan zoologi di mana setiap artikel yang dihantar akan dinilai terlebih dahulu sebelum dimuatkan ke dalam jurnal yang diterbitkan setahun sekali itu.

    JMM turut menyatakan bahawa artikel yang dihantar hendaklah hasil kerja yang asli dan bukannya hasil plagiat serta tidak pernah diterbitkan oleh mana-mana penerbitan lain.

    Manuskrip yang dihantar mestilah belum pernah diterbitkan sama ada sebahagian atau sepenuhnya serta belum pernah terikat dengan mana-mana pihak untuk diterbitkan di mana manuskrip berkenaan boleh ditulis dalam Bahasa Melayu atau Inggeris.

    Bagi maklumat lanjut mengenai garis pandu dan templat boleh dimuat turun melalui laman sesawang, www.museums.gov.bn.

    Tarikh akhir penerimaan manuskrip adalah pada 31 Oktober dan ia boleh dihantar menerusi e-mel ke editor@muzium.gov.bn atau hantar ke Ketua Editor, The Brunei Museum Journal, JMM, Bangunan Arkib Negara, Jalan Dewan Majlis, BB3910.

    Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi terus talian 2381672 sambungan 147.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda