Friday, December 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peluang hebat buat pemegang kad Baiduri

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Jan – Para pemegang kad Baiduri berpeluang untuk menikmati tawaran hebat melalui kerjasama di antara Bank Baiduri dan Gedung Membeli-belah Hua Ho.

    Pemegang kad Baiduri akan berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah apabila membeli belah menggunakan kad kredit atau debit Bank Baiduri di cawangan-cawangan Hua Ho yang menyertai promosi berkenaan.

    Menurut kenyataan dari Bank Baiduri, bagi setiap pembelian bernilai $100 di cawangan Hua Ho Kiulap, Delima Gadong 2, Mulaut, Tutong dan Bebatik, pemegang kad yang membuat pembayaran menggunakan kad debit atau kredit Baiduri akan menerima satu cabutan bertuah.

    Peluang berkenaan membolehkan mereka untuk memenangi baucar membeli-belah bernilai antara $5, $10, $20, $50, $100 atau $150 dengan segera. Para pelanggan juga perlu menunjukkan kad Hua Ho H2 mereka untuk menikmati tawaran cabutan segera berkenaan.

    Menurut kenyataan itu lagi, promosi berkenaan akan berlangsung dari 29 hingga 31 Disember 2017, 5 hingga 7 Januari 2018, 12 hingga 14 Januari 2018, 19 hingga 21 Januari 2018 dan 26 hingga 28 Januari 2018.

    Ketua Perbankan Runcit dan Rangkaian Cawangan, Pengiran Azaleen bin Pengiran Dato Mustapha yang dipetik menyatakan Bank Baiduri sentiasa percaya dalam menambah nilai dan memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan mereka bukan sahaja dalam barisan produk tetapi juga dalam promosi selari dengan gaya hidup mereka.

    Menurutnya lagi, promosi itu merupakan sebahagian daripada siri promosi yang akan ditawarkan oleh Bank Baiduri pada musim perayaan yang akan datang.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda