Monday, February 24, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peluang Jerman ‘buat pilihan sukar’

    BERLIN, 7 Nov – Jurulatih Jerman, Joachim Loew berkata dia akan memanfaatkan perlawanan-perlawanan persahabatan menentang England dan Perancis untuk mula membuat ‘pilihan sukar’ menjelang usaha mempertahankan gelaran Piala Dunia tahun depan di Rusia.

    Jerman berdepan dengan England di Wembley Sabtu ini dan menghoskan Perancis di Cologne empat hari kemudian, yang mana Loew akan menggunakannya bagi menilai semula pilihan pemainnya.

    Skuad Jerman berkumpul di Berlin hari ini bagi persiapan pertembungan sengit itu dengan penjaga gol Manuel Neuer, Thomas Mueller dan Marco Reus cedera.

    Meskipun tanpa tiga bintang itu, Jerman mempunyai barisan pemain muda mula menolak tepi barisan bintang yang telah memenangi Piala Dunia 2014.

    Pertaruhan membawa skuad tidak berpengalaman ke Rusia bagi Piala Konfederasi pada bulan Jun berbaloi.

    Bintang meningkat naik, Timo Werner, Lars Stindle, Niklas Suele dan Sebastian Rudi semuanya memanfaatkan peluang mereka untuk bersinar.

    Kini Loew berdepan dengan timbunan pilihan bagi perlawanan persahabatan menentang England dan Perancis, yang dijangka mencetuskan perjuang bagi tempat dalam 23 pemain Piala Dunia.

    “Kami perlu membuat pilihan sukar,” kata Loew di Berlin dan Jerman juga akan berdepan dengan Sepanyol dan Brazil dalam perlawanan persahatan bulan Mac tahun depan.

    “Jika anda mahu menjadi juara dunia, anda perlu ada pemain kelas dunia.

    “Kami perlu mempunyai skuad yang kuat di mana setiap pemain berada di prestasi terbaik, setiap hari dan setiap masa.”

    Pemain tengah Mario Goetze dan Ilkay Gundogan, yang berada dalam prestasi baik bersama Borussia Dortmund dan Manchester City, perlu membuktikan diri mereka selepas direhatkan buat masa yang lama. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda