Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peluang ke Dubai dengan pelincir Shell

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OGOS – Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) telah mengumumkan pelancaran dua promosi baharu iaitu Menghargai Perjalanan dengan Shell dan Siri 2 Shell Motorsport yang bermula hari ini.

    Promosi yang berlangsung hingga akhir November itu menawarkan peluang kepada pelanggan yang membeli pelincir Shell Helix atau Shell Rimula untuk memenangi barang dagangan eksklusif Shell dan layak menyertai cabutan bulanan bagi Oktober dan November.

    Untuk setiap pembelian pelincir Shell terpilih semasa promosi, pelanggan layak mendapatkan satu penyertaan dalam cabutan bulanan dan promosi akan diakhiri dengan cabutan utama pada Disember di mana pelanggan akan berpeluang memenangi perjalanan untuk tiga orang ke Dubai yang merangkumi lawatan ke taman tema berjenama Ferrari yang berprestij, Ferrari World Abu Dhabi.

    Pelanggan boleh mengunjungi mana-mana cawangan yang mengambil bahagian termasuk bengkel Shell Helix bebas, bengkel Shell Helix Branded dan stesen runcit Shell.

    Untuk memastikan pelanggan mendapat kualiti pelincir Shell, BSM juga memperkenalkan pelekat kod QR Untuk Pasaran Brunei baharu pada pelincir Shell berkenaan.

    Jurucakap BSM semasa menerangkan mengenai promosi berkenaan. – Gambar serahan BSM
    Gambar serahan BSM
    Gambar serahan BSM

    Dengan mengimbas kod QR pada pelekat di atas penutup botol, pelanggan boleh mengenal pasti produk pelincir Shell dengan mudah yang diedarkan oleh BSM.

    Sementara itu, promosi Koleksi Siri 2 Shell Motosport menawarkan tujuh model baharu yang menampilkan perkongsian rasmi Shell dengan pelbagai syarikat permotoran OEM.

    Pelanggan boleh membeli model Ferrari F1-75 premium dengan setiap pembelian pelincir Shell terpilih di stesen runcit Shell yang mengambil bahagian.

    Untuk model seterusnya, pelanggan akan diberikan satu pelekat bendera dengan setiap pembelian Shell V dan setiap empat pelekat yang telah dikumpulkan akan berpeluang mendapatkan koleksi motorsport dengan harga yang berpatutan.

    Model baharu akan tersedia setiap dua minggu bermula 4 September terdiri daripada Pasukan Penske Ford Mustang GT, Pasukan Penske Indycar, Hyundai i20 Rally 1 Hybrid, Nissan FE Team Gen3 Car, BMW M Hybrid V8 dan Forze Hydrogen Racing Forze IX.

    Selain itu, bateri kawalan jauh pintar Bluetooth juga boleh didapati sebagai tambahan dengan harga yang berpatutan dan promosi ini akan berlangsung sehingga akhir Disember.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda