Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peluang lanjut pengajian di Rusia

    Oleh Pg Fairol RMF

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Feb – Kerajaan Rusia telah membukakan permohonan biasiswa untuk warganegara dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Rusia.

    Dengan keputusan kerajaan Persekutuan Rusia untuk tahun akademik tahun 2019/2020, dua pemohon dari Brunei Darussalam akan diberikan biasiswa dan penginapan akademik penuh dengan harga diskaun bagi tempoh pengajian mereka di universiti-universiti Rusia.

    Sebelum mendaftar dalam program akademik, pemohon yang berkelayakan tanpa pengetahuan cukup dalam Bahasa Rusia akan menjalani kursus persiapan selama setahun.

    Untuk menyertai peringkat pertama proses pemilihan, calon yang berminat harus mendaftar tidak lewat dari 6 Mac di laman sesawang http://russia.study/ dan mengemukakan borang permohonan dalam talian dan salinan pasport yang diimbas.

    Untuk maklumat tambahan, orang ramai boleh melayari laman sesawang berkenaan atau hubungi Kedutaan Rusia di Brunei Darussalam menerusi embrusbrunei@mail.ru atau talian 2611413.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda