Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peluang lanjut pengajian ke Jepun di bawah program biasiswa MEXT

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 APRIL – Pelajar-pelajar Negara Brunei Darussalam yang ingin melanjutkan pengajian ke Jepun dialu-alukan untuk menghantar permohonan mengikuti program biasiswa kerajaan Jepun bagi 2023.

    Ia merupakan program biasiswa yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan dan Teknologi (MEXT), Jepun kepada pelajar-pelajar antarabangsa yang berminat untuk menuntut di Jepun.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam, di sini, hari ini, kedutaan berkenaan kini sedang menerima permohonan bagi biasiswa berkenaan daripada pelajar-pelajar Brunei yang berminat.

    Biasiswa itu bertujuan untuk memupuk sumber manusia menerusi pengajian di
    Jepun, akan menjadi jambatan persahabatan di antara Brunei dan Jepun serta akan menyumbang kepada pembangunan kedua-dua negara dan juga dunia.

    Terdapat empat jenis biasiswa ditawarkan menerusi program biasiswa berkenaan iaitu Pelajar Penyelidikan, Pelajar Sarjana Muda, Pelajar Kolej Latihan Khusus dan Pelajar Kolej Teknologi, dengan kandungan setiap program adalah berbeza tetapi kesemua program meliputi tuisyen, perbelanjaan kehidupan serta yuran perjalanan antara Brunei dan Jepun.

    Sehubungan itu, para pelajar yang berminat dikehendaki untuk menghantar dokumen permohonan mereka kepada Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam tidak lewat 3 Jun 2022.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda