Thursday, February 6, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peluang lihat 2 supermoon bulan depan

    CAPE CANAVERAL, 30 JULAI — Alam semesta akan menyaksikan dua fenomena istimewa pada bulan Ogos ini: dua supermoon dengan kemunculan blue moon yang jarang berlaku.

    Tonton persembahan pertama pada petang Selasa ketika bulan purnama muncul di tenggara, kelihatan lebih cerah sedikit dan lebih besar daripada biasa. Ini kerana ia akan menjadi lebih dekat daripada biasa, hanya 357,530 kilometer jauhnya, dengan itu ia dinamakan sebagai supermoon.

    Pada malam 30 Ogos, bulan akan menjadi lebih dekat – jaraknya hanya 357,344 kilometer. Oleh kerana ia adalah bulan purnama kedua dalam bulan yang sama, ia akan menjadi apa yang dipanggil sebagai blue moon.

    “Malam musim panas yang hangat adalah masa yang sesuai untuk menyaksikan bulan purnama muncul di langit timur dalam beberapa minit selepas matahari terbenam. Dan ia berlaku dua kali pada bulan Ogos,” kata ahli astrofizik NASA yang bersara, Fred Espenak, yang digelar Mr Eclipse kerana kepakarannya mencari gerhana.

    Kali terakhir dua supermoon penuh menghiasi langit dalam bulan yang sama ialah pada 2018. Ia tidak akan berlaku lagi sehingga 2037, menurut ahli astronomi Itali, Gianluca Masi, pengasas Projek Teleskop Maya.

    Masi akan menyediakan siaran langsung supermoon petang Selasa ini, ketika ia muncul di atas Koliseum di Rom.

    “Rancangan saya adalah untuk memotretkan keindahan ini dan semoga membawa emosi pertunjukan itu kepada para penonton,” kata Masi dalam e-mel.

    “Supermoon memberi kita peluang yang hebat untuk melihat ke atas dan meneroka langit,” tambahnya. – AP

    Sebuah pesawat komersial terbang ke barat laut merentasi Tasik Michigan di hadapan supermoon ‘Full Buck’, yang pertama daripada empat supermoon tahun ini, di Chicago pada 3 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda