Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 April – Pertandingan Raya Coca-Cola yang dinanti-nantikan bakal bermula pada Mei ini hingga Julai di mana para pelanggan akan berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah termasuk hadiah utama berupa wang tunai $10,000.
Perkara ini diumumkan oleh Pengurus Penjualan Rantau (Sarawak) Coca-Cola Malaysia, Jeffrey Chong semasa sidang media yang diadakan di Syarikat Perniagaan Malar Setia, Tapak Perindustrian Lambak Kanan, hari ini.
Pertandingan Raya Coca-Cola 2018 adalah dibukakan kepada warga Brunei dan untuk ikut serta, orang ramai hanya perlu membeli 12 tin minuman sama ada Coca-Cola, Sprite, Fanta, A&W, Heaven & Earth, Aquarius dan Minute Maid.
