Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 DIS – Mobile World Enterprise dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) akan mengadakan kempen menderma darah pada 8 Disember ini di Bilik Pameran Mobile World, Gadong.
Bermula pukul 10 pagi hingga 3 petang, kempen yang pertama kali diadakan oleh syarikat berkenaan membawa tema Make a huge Different for Someone in Need.
Ia bertujuan untuk sama-sama membantu Pusat Pendermaan Darah bagi menambah stok darah untuk mereka yang nemerlukan.
Kempen berkenaan juga akan dimeriahkan dengan beberapa aktiviti jualan, cabutan bertuah dan tawaran promosi produk Mobile World.
Turut memeriahkan acara ialah penyertaan Kingston Beverages and Creamery Sdn Bhd yang mengagihkan minuman dan makanan percuma seperti air, biskut dan aiskrim.
Menurut Mobile World, para penderma yang berjaya mendermakan darah berpeluang memenangi iPhone XS Max 64GB sebagai hadiah utama dalam cabutan bertuah yang diadakan.