Oleh Nurdiyanah R.
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 April – Indera Motors Sdn Bhd, pengedar tunggal kenderaan jenama Jaguar Land Rover di Brunei Darussalam, akan mengadakan Kempen Servis bagi pemilik-pemilik model kenderaan Jaguar dan Land Rover sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri ini.
Kempen yang dibukakan sejak 12 April lalu hingga 30 Jun itu mengalu-alukan para pelanggan untuk membawa kenderaan mereka bagi mendapatkan perkhidmatan di pusat pemeriksaan Indera Motors Sdn Bhd dan berpeluang memperoleh baucar makan, baucar hidangan dan barangan menarik secara percuma.
Para pelanggan boleh mendapatkan pemeriksaan kenderaan yang akan dilakukan oleh jurutera-jurutera terlatih dan berkelayakan.
Lebih menarik, tawaran pakej perkhidmatan harga tetap bagi setiap model kenderaan berkenaan juga tersedia bagi pembelian tertakluk kepada model dan kapasiti enjin.
Pakej pemeriksaan tersebut termasuklah menukar minyak enjin dan penapis minyak; pemeriksaan tayar; pad brek dan cakera; pemeriksaan hos dan belt serta fluid top up.
Dalam pada itu, 50 orang pelanggan terawal yang membeli pakej akan berpeluang menerima power bank Jaguar Land Rover secara percuma.
Pemeriksaan Kesihatan Kenderaan (VHC) percuma boleh didapati bagi pemilik kenderaan dengan jaminan yang sah di mana para juruteknik terlatih akan menerangkan hasil pemeriksaan dengan jelas.
Dalam pada itu, para pelanggan juga dapat menikmati perkhidmatan mobiliti Indera Motors semasa pemeriksaan kenderaan dijalankan.
Selain itu, kemudahan meliputi ruang tunggu, Wi-Fi dan minuman percuma turut disediakan bagi menambahkan keselesaan pelanggan.