Oleh Nurdiyanah R. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 7 FEB – Bersempena sambutan ulang tahun ke-5, Datastream Digital Sdn Bhd (DST) teruja untuk melancarkan kempen Choose DST yang berlangsung sepanjang tahun.
Inisiatif luar biasa ini memberi pelanggan DST peluang untuk memenangi hadiah wang tunai yang menarik bernilai sehingga $250,000, menjadikan 2025 sebagai tahun perayaan dan ganjaran.
Dalam ucapan, Ketua Pegawai Eksekutif DST, Radin Sufri bin Radin Basiuni berkata, “DST komited untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan menunjukkan penghargaan atas kesetiaan mereka.
“Kempen ini mencerminkan rasa terima kasih kami, dan kami menggalakkan semua orang untuk mengambil bahagian untuk meningkatkan peluang awda untuk menang,” tambahnya.
Dalam pada itu, untuk mengambil bahagian dalam kempen menarik berkenaan, para pelanggan DST boleh memperoleh penyertaan cabutan bertuah dengan melibatkan diri dengan pelbagai perkhidmatan dan aktiviti DST sepanjang tahun.
Aktiviti-aktiviti berkenaan termasuklah mendaftar atau menukar kepada mana-mana perkhidmatan DST, menaik taraf atau memperbaharui kontrak pelan pascabayar, mendaftarkan nombor Easi, mengaktifkan MyDST Wallet, membayar bil, membeli data add-ons Easi dan membuat pesanan dari MyDST Shop.
Setiap transaksi meningkatkan peluang awda untuk menang, jadi lebih banyak awda terlibat dengan DST, lebih besar peluang awda untuk memenangi hadiah wang tunai.
Selain cabutan bulanan yang menawarkan hadiah tunai bernilai sehingga $2,000, terdapat juga cabutan utama dengan hadiah-hadiah yang luar biasa sehingga $100,000.
Maksimumkan peluang awda untuk menang dengan melakukan aktiviti-aktiviti melalui saluran-saluran digital, aplikasi MyDST, laman web di ordernow.dst.com.bn atau WhatsApp DEE di 8616888. Bukan sahaja awda akan mendapat penyertaan berganda untuk cabutan bertuah, tetapi awda juga akan mengalami kemudahan menggunakan digital platform DST, direka untuk menjadikan interaksi awda dengan DST lebih pantas dan lebih mudah berbanding sebelum ini.
Layari dst.com.bn untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Kempen Choose DST.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2025/02/P4-WEB-Freepk-Peluang_08022025.jpg)