Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peluang menangi hadiah menarik StanChart

    Oleh Sim Y.H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Standard Chartered (StanChart) mengadakan promosi popularnya bagi pemegang kad kredit Platinum Hua Ho Mastercard dengan tempoh promosi bermula awal Februari.

    Semasa tempoh promosi berkenaan, pemegang kad kredit Platinum Hua Ho Mastercard yang berbelanja dengan jumlah minimum ditetapkan dan ke atas dalam satu resit di cawangan-cawangan Hua Ho yang mengambil bahagian adalah layak untuk mengambil bahagian dalam cabutan bertuah segera.

    Para pelanggan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik termasuk baucar membeli-belah bernilai sehingga $100, barangan StanChart, lapan kali ganda peluang bagi promosi kad kredit StanChart yang sedang berjalan dan Credit Card Bill Wipeouts.

    Promosi hebat itu boleh dinikmati di cawangan-cawangan pusat membeli-belah Hua Ho yang mengambil bahagian iaitu Manggis, Sengkurong, Yayasan dan Tanjung Bunut. Hadiah cabutan berkenaan boleh ditebus di pusat membeli-belah Hua Ho di Manggis, Tanjung Bunut dan Yayasan sahaja dan hanya layak bagi 888 resit pertama.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda