Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Mei – Boustead Sdn Bhd, pengedar rasmi tunggal kenderaan Nissan di Negara Brunei Darussalam melancarkan Promosi Hari Raya H.U.G.E pada 1 April lalu di mana promosi itu akan berjalan selama tiga bulan dan berakhir hujung Jun nanti.
Bagi promosi itu, Boustead Sdn Bhd menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada pembeli-pembeli kenderaan Nissan yang baharu termasuk peluang untuk memenangi sebuah kereta, Nissan Terra 2.5L 2WD Auto berwarna putih.
Pengurus Pemasaran Boustead Sdn Bhd, Alvin Kho Hup Siang berkata bahawa buat pertama kalinya model Nissan terbaharu, Nissan Terra merupakan hadiah utama dalam acara cabutan bertuah.
Beliau turut berkata ingin memberikan peluang kepada semua pembeli-pembeli baharu Nissan untuk memenangi Nissan Terra 2WD Auto dan merasai sendiri semua kelebihan yang ditawarkan oleh Nissan Terra yang dilancarkan pada Januari lalu.
Nissan Terra terbaharu yang mempunyai ruang dalaman yang luas dan selesa dengan dilengkapi oleh Nissan Intelligent Mobility menyediakan persekitaran yang selamat ketika memandu serta sesuai untuk keluarga.
