Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jan – Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) melalui Jabatan Pertanian dan Agrimakanan mengungkayahkan Program Pendedahan Perusahaan Pertanian untuk Para Belia Secara Perladangan Berkontrak selama empat hari bermula hari ini hingga 18 Januari, bertempat di Pusat Urus Niaga Hortikultur Rimba, Gadong.
Program itu bertujuan untuk mendedahkan perusahaan pertanian sebagai satu perniagaan menguntungkan serta membuka peluang kepada belia-belia untuk melabur dalam sektor pertanian secara ‘Contract Farming’, khususnya dalam bidang industri tanaman menggunakan sistem teknologi tinggi yang boleh meningkatkan hasil pertanian dan memberikan pulangan yang lumayan.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)