PARIS, 30 Okt – Rafael Nadal akan dimahkotakan sebagai pemain nombor satu dunia pada akhir tahun jika dia memenangi pertandingan pertamanya dalam Paris Masters pada minggu ini, selepas Roger Federer menarik diri dari pertandingan tersebut.
Kedua–dua pesaing lama itu mencatatkan musim yang mengejutkan, kembali kepada rentak dan kecedergasan dengan masing-masing memenangi dua gelaran Grand Slam.
Tetapi Federer, yang masih perlu untuk memintas Nadal di tangga teratas ranking dengan gelaran di ibu negara Perancis dan World Topur Finals di London, menarik diri dari pertandingan musim biasa untuk melindungi masalah belakang yang dialaminya.
Pemain itu, 36, berkata memenangi gelaran Swiss Indoors ke lapannya pada Ahad menentang Juan Martin del Potro yang meletakkannya tidak cergas untuk beraksi di Bercy Arena.
“Saya memohon maaf kerana menarik diri dari Paris Masters tetapi tubuh saya perlu untuk berehat selepas Basel” kata legenda dari Switzerland itu.
“Saya banyak beraksi dalam tenis tahun ini dan perlu untuk memastikan menjaga fizikal saya jika saya mahu terus untuk bersaing pada peringkat tinggi bagi beberapa tahun mendatang.” – AFP