Saturday, March 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peluang nikmati hidangan istimewa Turkiye

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Para penggemar makanan Turkiye atau bagi mereka yang ingin merasa sendiri hidangan istimewa negara itu, kini boleh menghadiri Festival Minggu Kebudayaan dan Kulinari Turkiye yang sedang berlangsung di Hotel Radisson di ibu negara hingga 5 November.

    Festival berkenaan menawarkan pelbagai jenis makanan istimewa yang disediakan secara eksklusif oleh cef yang didatangkan khas dari Turkiye, Cef Adem Can.

    Antara sajian utama yang menarik perhatian ramai ialah Turkish Kebab yang menggunakan daging yang diperap selama tiga hari bagi memberikan rasa sensasi.

    Di samping itu, pelbagai makanan lainnya juga boleh didapati daripada pembuka selera, hidangan utama, dan pencuci mulut.

    Cef Adem Can didatangkan khas dari Turkiye semasa festival yang sedang berlangsung di Hotel Radisson di ibu negara.
    Antara sajian yang boleh didapati pada festival tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda