Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peluang nikmati promosi eksklusif BMW

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MAC – QAF Auto Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kereta BMW di Brunei menawarkan pelbagai promosi semasa jerayawara eksklusif yang diadakan selama tiga hari bermula hari ini di The Mall, Gadong.

    Sepanjang jerayawara berkenaan, pengunjung berpeluang untuk meneroka dan melihat lebih dekat BMW 118i M Sport, 318i M Sport dan X1 sDrive18i xLine, dan pelanggan yang membuat tempahan mana-mana jenama BMW semasa jerayawara berkenaan akan menerima BMW Advanced Car Eye 3.0 Pro secara percuma untuk meningkatkan pengalaman pemanduan mereka dengan teknologi termaju.

    Bukan itu sahaja, QAF Auto juga menawarkan faedah eksklusif lain termasuk baucar beli-belah bernilai $2,000, peluang untuk memenangi Cabaran Memandu BMW M di Buriram, Thailand, tiga tahun BMW Service Inclusive percuma, tiga tahun BMW Extended Warranty dan tiga tahun BMW Roadside Assist, termasuk Sabah dan Sarawak, tertakluk kepada terma dan syarat serta perubahan.

    Selain itu, pengunjung juga akan berpeluang mendapatkan beg cenderahati BMW dengan perkhidmatan lain dan banyak lagi.

    Pengurus Besar QAF Auto, Alisa Khoo dan kakitangan QAF Auto bergambar bersama model kereta BMW semasa jerayawara yang diadakan di The Mall, Gadong. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda