Monday, October 7, 2024
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peluang pamer bakat, bina keyakinan

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OKT – Murid-murid tadika dari KG 1 hingga 3 Sekolah Tunas Jaya PGGMB Madang berpeluang mempamerkan kebolehan mereka semasa Kindergarten’s Showcase 2024 yang berlangsung di STJ PGGMB Madang, kelmarin.

    Hadir semasa acara ialah Setiausaha Agung PGGMB, Haji Mustapa bin Haji Masri, guru-guru, ibu bapa dan penjaga murid-murid sekolah berkenaan. Guru Besar STJ PGGMB Madang, Awang Ismail bin Haji Tia dalam ucapan alu-alunnya menyatakan bahawa program yang merupakan aktiviti tahunan sekolah itu memberikan impak yang amat positif kepada murid-murid daripada segi pembelajaran, pembentukan sahsiah positif dan perkembangan emosi yang lebih holistik.

    Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga atas sokongan serta komitmen mereka kepada pihak sekolah bagi sama-sama menyokong visi sekolah berkenaan.

    Sementara itu, Guru Kanan Sekolah, Dayang Faridah binti Haji Abdullah bersama beberapa orang ibu bapa dan penjaga murid menyatakan bahawa aktiviti seumpama itu adalah amat baik bagi anak-anak untuk membantu membina keyakinan dan motivasi dalam diri mereka.

    Ibu bapa dan penjaga murid menyaksikan dan memberikan sokongan kepada anak-anak mereka semasa acara tersebut. – GAMBAR SERAHAN STJ PGGMB MADANG
    Persembahan daripada murid-murid semasa acara berkenaan. – GAMBAR SERAHAN STJ PGGMB MADANG

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda