Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peluang pelajari seni silat Melayu

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 26 Feb – Bagi mengetengahkan lagi seni silat warisan Melayu di kalangan penduduk di Negara Brunei Darussalam khusus generasi muda, Pertubuhan Seni Silat Perguruan Bintisan Rajawali telah mengadakan bengkel seni silat di Balai Raya Kampung Lamunin, Tutong bermula kelmarin.

    Bengkel yang diadakan adalah terbuka kepada orang ramai yang berminat dalam bidang silat sebagai salah satu cara untuk mendisiplinkan diri, di samping dapat mengekalkan khazanah silat sebagai warisan negara.

    Menurut Perguruan Bintisan Rajawali, Radin Parajin, pada masa ini seramai 120 orang peserta telah menyertai bengkel seni silat berkenaan.

    Sebahagian ahli yang menyertai bengkel seni silat tersebut, yang diadakan di Balai Raya Kampung Lamunin, Tutong.

    Bengkel itu diadakan bagi memberi peluang kepada generasi muda di Daerah Tutong untuk mempelajari seni silat Perguruan Bintisan Rajawali.

    Beliau menjelaskan bahawa pendaftaran untuk belajar seni silat berkenaan masih lagi dibukakan kepada mereka yang berminat, khususnya penduduk Daerah Tutong.

    Bengkel yang bermula kelmarin telah dihadiri oleh ibu bapa para peserta bersama ahli Pergurusan Kembang Goyan Negara Brunei Darussalam. Bengkel akan dijalankan setiap hari Jumaat dan Ahad, bermula jam 3 hingga 5 petang di Balai Raya Kampung Lamunin, Tutong.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda