Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OGOS – Suruhanjaya Tinggi Kanada ke Brunei Darussalam pagi ini mengadakan sesi taklimat untuk 5 orang pelajar dari universiti-universiti Brunei yang telah dianugerahkan biasiswa SEED bagi mengikuti sesi akademik 2024-2025.
Taklimat yang berlangsung di Hotel Radission, Bandar Seri Begawan disampaikan oleh Puan Yang Terutama, Ambra Dickie, Pesuruhjaya Tinggi Kanada. Turut hadir dalam sesi tersebut adalah bekas-bekas penerima biasiswa SEED, yang juga berkongsi pengalaman mereka tentang pendidikan dan kehidupan di Kanada.
Suasana sekitar taklimat berkenaan.
Setakat ini, sebanyak 24 pelajar dari universiti-universiti Brunei telah menerima biasiswa SEED sejak program ini bermula di Brunei pada tahun 2022.Pelajar-pelajar ini akan mengikuti pengajian di universiti-universiti di Kanada untuk ijazah pertama mereka.
Kebanyakan pelajar yang hadir di taklimat tersebut adalah penerima program Biasiswa Kanada-ASEAN dan Pertukaran Pendidikan untuk Pembangunan, SEED.
Ambra Dickie berkata: “Saya gembira melihat minat yang berterusan dan semakin berkembang daripada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian mereka di Kanada. Program pengajian pasca-sekolah tinggi kami, baik di universiti mahupun kolej, diiktiraf di seluruh dunia, dan yuran pengajian adalah antara yang terendah di negara-negara berbahasa Inggeris”.
Beliau juga berkata bahawa pendidikan adalah asas kepada kemajuan ekonomi yang mampan dan pertumbuhan yang inklusif. Oleh itu, tambanhnya, beliau sangat gembira melihat pertumbuhan yang berterusan dalam sektor berikut yang juga bersempena dengan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Kanada-Brunei tahun ini.
Suasana sekitar program tersebut.- Gambar oleh Muiz Matdani