Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peluang penyelidikan pelbagai NIE, Singapura

    Selepas sahaja beliau berjaya menamatkan A Level, Dr Salbrina Sharbawi telah menetapkan minda dan hati untuk menjadi seorang ahli akademik. Secara semula jadinya, beliau berjaya meneruskan usahanya ke arah bidang akademik kedoktoran.

    Selepas sahaja selesai menamatkan pengajian beliau dalam Ijazah Sarjana Muda (BA) dan Ijazah Sarjana (MA) di United Kingdom, beliau mula meneroka bidang-bidang tertentu untuk meneruskan bidang penyelidikan kedoktoran.

    Beliau mula menyedari bahawa penerbitan berhubung penyebutan Inggeris Brunei adalah terhad dan sukar didapati, berbanding dengan kesusasteraan luas yang ada dalam Bahasa Inggeris Singapura.

    Justeru, bidang ini menarik minatnya untuk melakukan penyelidikan dalam bidang ini dengan membandingkan antara kedua-dua buah negara. “Saya mengemukakan perbandingan variasi di Brunei dengan Singapura, mengharap untuk melihat persamaan antara kedua-duanya (seperti yang ada antara Bahasa Inggeris Singapura dan Malaysia). Saya menemui bahawa walaupun ada beberapa ciri persamaan, bahasa Inggeris Singapura berada di tahap pembangunan yang lebih awal dan sebutan Inggeris Brunei masih terdedah kepada pengaruh luar,” jelasnya.

    Beliau mula mengkaji karya akademik yang lain di mana akhirnya beliau membuat keputusan untuk melanjutkan pengajian dalam program Doktor Falsafah (PhD) di Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura (NIE NTU, Singapura).

    Dr Salbrina Sharbawai bersama keluarganya.

    Program PhD di NIE boleh diselesaikan sehingga maksimum lima tahun sama ada secara sambilan atau sepenuh masa. Selain dari bidang Bahasa Inggeris, pelajar juga mempunyai pilihan untuk meneruskan kerja penyelidikan dalam pelbagai bidang pengajian yang lain seperti seni dan kemanusiaan, pendidikan, Matematik dan Pendidikan Jasmani.

    Semasa media bertanya kepada beliau tentang pengalamannya sebagai graduan NIE, beliau teringat, “Saya suka pergi ke perpustakaan kerana koleksi perpustakaan sangat luas dan banyak. Sebagai ulat buku, saya sangat teruja melihat barisan buku yang banyak dan pelbagai,” jelasnya.

    Sebagai seorang individu yang ingin maju dan tabah berdepan cabaran, beliau baru-baru ini telah menerima pencalonan Presiden Persatuan Alumni NTU yang baharu dan bertujuan untuk memupuk hubungan dengan alumni di Brunei Darussalam bersama NTU.

    “Pelantikan ini tidak dijangka sama sekali. Saya menerima e-mel daripada alumni untuk aktiviti pertemuan semula. Kemudian apabila pengundian bermula, nama saya dicalonkan untuk jawatan presiden. Saya tidak pasti sama ada saya akan dapat menjalankan tanggungjawab itu namun akibat ingin mencabar diri, saya memutuskan untuk menerima pencalonan,” jelasnya.

    Persatuan Alumni NTU (Brunei) akan dilancarkan secara rasminya di Brunei Darussalam pada 2 November 2019 ini nanti di Brunei Darussalam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda