Friday, February 28, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peluang perbaiki akhlak, ketakwaan menjelang Ramadan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 FEB – Bahagian Hal Ehwal Belia, Jabatan Hal Ehwal Masjid, serta Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Kampung Masin dengan kerjasama AJK Tertinggi Bahagian Belia dan Beliawanis, pagi tadi mengadakan Majlis Tazkirah Ramadan Khas bagi beliawanis dan Muslimah sempena bulan Ramadan bagi tahun ini di Masjid Kampung Masin.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Penolong Pensyarah Fakulti Syariah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Hajah Aisyah Radhiah binti Haji Abdul Ghani.

    Tujuan majlis diadakan adalah untuk menyuntik semangat dalam kalangan beliawanis dan Muslimah masjid agar menjadikan bulan Ramadan sebagai medan transformasi diri, di samping menjadi individu yang lebih baik, bagaikan kuntuman bunga yang mekar dengan keindahan iman dan takwa.

    Manakala objektif majlis itu adalah bagi memberikan kefahaman yang mendalam tentang keistimewaan bulan Ramadan. Selain itu juga majlis tersebut dihasrat untuk menggalakkan para beliawanis dan Muslimah dalam mengambil peluang meningkatkan amal soleh dan ketakwaan.

    Tazkirah berkenaan disampaikan oleh Penolong Pensyarah Pusat Kajian Fiqh Kontemporari, KUPU SB, Dayangku Norizzati binti Pengiran Haji Kasharan.

    Dengan adanya majlis seumpama itu akan dapat menjadi inspirasi bagi para beliawanis dan Muslimah untuk menghargai peluang bulan Ramadan dan memanfaatkannya sebaik mungkin. Ia merupakan peluang yang terbaik untuk mendidik diri, memperbaiki akhlak dan meningkatkan lagi hubungan dengan Allah SWT.

    Selain itu, tazkirah yang disampaikan diharapkan dapat meresap ke dalam jiwa dan menjadikan mereka ‘kuntum mekar’ yang menghiasi taman keberkatan dengan akhlak dan amalan yang mulia.

    Tetamu kehormat majlis bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda