Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peluang pilih pendidikan di UK, Australia

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jan – Findlay akan mengadakan Pameran Pendidikan Antarabangsa ke-7 pada 3 Februari ini di Hotel Antarabangsa Rizqun.

    Semasa acara itu nanti, perwakilan dari 12 buah institusi di United Kingdom (UK), Amerika Syarikat dan Australia akan hadir untuk membincangkan mengenai pilihan pendidikan bagi kemasukan September 2018, 2019 dan 2020.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, institusi-institusi UK yang akan menyertai pameran itu nanti termasuk De Montfort University, Northumbria University, University of Portsmouth, Queen’s University Belfast, University of Surrey, Robert Gordon University dan University of Wolverhampton.

    Perwakilan dari kolej-kolej seperti Navitas dan INTO, kedua-duanya menyediakan kemasukan asas dan peringkat Tahun 1 ke universiti-universiti berprestij UK, juga akan hadir pada pameran itu. Deakin University dan James Cook University adalah antara universiti Australia yang akan menyertai acara berkenaan.

    Wakil dari INTO USA juga akan hadir untuk berbincang dengan pelajar mengenai program-program mereka serta kemasukan langsung ke Colorado State University, Drew University, George Mason University, Marshall University, Oregon State University, St Louis University, Suffolk University, Washington State University, University of Alabama di Birmingham dan University of South Florida.

    Findlay akan mewakili universiti-universiti dan kolej yang tidak dapat menghantar perwakilan mereka ke pameran berkenaan dan juga akan mempamerkan penilaian psikometri Morrisby Career Profiling bagi pelajar-pelajar yang tidak pasti mengenai haluan pendidikan atau kerjaya yang hendak diambil.

    Kenyataan menambah, untuk menyokong belia-belia Brunei dalam memutuskan haluan selepas tamat pengajian, profesional-profesional utama dari sektor swasta akan hadir bagi membantu mereka membuat keputusan bermaklumat mengenai kerjaya-kerjaya.

    Pameran juga akan dihadiri pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan dari Majlis Akreditasi Kebangsaan Brunei Darussalam bagi pertanyaan-pertanyaan berkaitan dengan bidang mereka. Bank Islam Brunei Darussalam juga akan ikut serta bagi menyampaikan taklimat kepada para pelajar dan ibu bapa mengenai pinjaman-pinjaman pendidikan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda