Friday, February 7, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peluang saksikan LFC beraksi di Anfield

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MAC – Bank Standard Chartered (StanChart) telah melancarkan pertandingan liga pan-bank yang menawarkan para pelanggan peluang untuk mengumpul mata yang akan membawa kepada mereka memenangi hadiah-hadiah eksklusif LFC.

    StanChart dalam kenyataan memaklumkan pelancaran pertandingan itu menjelaskan bahawa Kempen Bank More Score More yang bermula dari sekarang hingga penghujung Jun depan, merupakan inisiatif menarik bagi peminat-peminat Kelab Bola Sepak Liverpool (LFC) dan berlangsung di Liga Maya StanChart.

    Kenyataan menyatakan bahawa para pelanggan berpeluang untuk memenangi hadiah terdiri daripada barangan berjenama Liverpool asli hingga peluang sekali dalam hidup untuk pergi ke Anfield untuk menyaksikan LFC beraksi.

    Kenyataan menjelaskan bahawa untuk menyertai liga berkenaan, klien baharu hanya perlu untuk membuka akaun dan menggunakan lebih banyak produk untuk mengutip mata dalam Liga Maya StanChart.

    Klien sedia ada juga boleh menyertai dengan mengambil lebih banyak produk untuk mengutip mata.

    Ketua Pengguna, Perbankan Persendirian dan Perniagaan, StanChart Brunei, Jocelane Basir menyatakan bahawa Bank More Score More merupakan inisiatif menarik bagi mereka untuk dilancarkan di StanChart.

    Kempen itu, ulasnya, akan memberikan ganjaran kepada para klien jika mereka membuat lebih banyak transaksi dan mengambil lebih banyak penyelesaian kewangan.

    “Memanfaatkan penajaan kami dengan Liverpool FC, ia merupakan satu pengalaman yang unik bagi peminat kelab berkenaan dan juga peminat bola sepak yang selalu teringin untuk menonton perlawanan bola sepak secara langsung di dalam liga bertaraf dunia.”

    Kenyataan menyatakan lagi bahawa hadiah-hadiah yang diberikan adalah bergantung kepada jumlah mata yang dikutip keseluruhannya dan peringkat yang dicapai.

    Dua klien pertama yang mencapai mata kutipan keseluruhan 100 mata (gol) akan dianugerahkan hadiah utama iaitu peluang pergi ke Anfield untuk dua orang termasuk tiket penerbangan pergi balik ke Lapangan Terbang Manchester, pengangkutan, penginapan tiga malam, dua tiket dan lawatan stadium serta makan malam bersama legenda LFC.

    Para klien boleh mengutip mata (gol) dengan melakukan transaksi seperti mendaftar bagi Priority Banking (5 gol), mendaftar bagi Employee Banking (5 gol), membuka akaun baharu (5 gol), log masuk ke aplikasi SC Mobile (1 hingga 15 gol), mendaftar untuk kad kredit (5 gol), mengaktifkan kad kredit (5 gol), bagi setiap $200 yang dibelanjakan menggunakan kad kredit setiap bulan (2 hingga 40 gol), membuat pinjaman peribadi (minimum 10 gol), membuat pinjaman gadai janji (minimum 10 gol), mendaftar bagi produk Wealth (5 gol), bagi setiap langganan Regular Savings Plan (1 hingga 10 gol), bagi setiap langganan Unit Trust bawah $50,000 (1 hingga 60 gol) dan bagi setiap langganan Unit Trust atas $50,000 atau langganan bon (5 hingga 60 gol).

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda