Oleh Salawati Haji Yahya – BANDAR SERI BEGAWAN, 12 FEB – Orang ramai masih berpeluang menyaksikan pameran gambar yang memaparkan keindahan dan keunikan budaya negara Jepun yang telah dirakamkan oleh jurugambar tempatan, Lim Han di Kompleks Beli-belah Mabohai hingga 20 Februari. Pameran yang memaparkan lebih 20 jenis gambar merangkumi daripada pemandangan hinggalah budaya dan tempat-tempat

