Oleh Sim Y.H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JAN – Bank Baiduri mengalu-alukan pelanggannya untuk memulakan tahun baharu ini dengan meningkatkan cita-cita, gaya hidup dan pengalaman perbankan mereka bersama kempen eksklusif, Envision the Height of Prestige.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Baiduri, di sini, kempen yang berlangsung dari 1 Januari hingga 31 Mac itu menawarkan pelanggan peluang untuk menyertai program Baiduri Prestige dan menikmati kelebihan dan ganjaran tiada bandingan serta peluang-peluang pelaburan.
Baiduri Prestige merupakan tanda kecemerlangan dan kecanggihan yang memenuhi individu mewah dengan minimum $100,000 dalam Assets Under Management (AUM) menerusi gabungan deposit dan pelaburan.
Mengulas mengenai kempen itu, Ketua Perbankan Runcit, Bank Baiduri, Lim Kian Chiong menyatakan pengalaman Prestige dicipta untuk saling melengkapi dan meningkatkan gaya hidup ahlinya, memastikan keperluan peribadi dan kewangan mereka dipenuhi dengan teliti serta keutamaan.
Melalui pengurus-pengurus hubungan berdedikasi, manfaat khas dan perkhidmatan eksklusif, jelasnya, pihaknya menyediakan ahli-ahli mereka dengan masa dan sumber untuk menumpukan kepada apa yang benar-benar penting dalam kehidupan mereka.
“Kempen ini melambangkan komitmen kami untuk memberikan perkhidmatan dan nilai yang luar biasa kepada pelanggan kami dan keluarga mereka,” tambahnya.
Ahli Baiduri Prestige baharu boleh memilih daripada dua tawaran eksklusif semasa tempoh kempen.
Ahli-ahli yang melabur dalam mana-mana produk Unit Trust menerusi Baiduri Capital akan menikmati kadar faedah promosi Deposit Tetap 3.80 peratus setahun bagi tempoh enam bulan atau 3.60 peratus setahun bagi tempoh 12 bulan dengan deposit minimum $50,000 dalam dana baharu.