BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jan – Sebagai sebahagian daripada inisiatifnya untuk memastikan semua tapak terjamin dan selamat bagi penyewa dan pelabur-pelaburnya, Darussalam Enterprise (DARe) menjemput syarikat-syarikat tempatan yang berminat bagi pemerolehan dan pemasangan pagar kawasan SPARK.
Syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Pembangunan, yang berminat untuk menyertai tender ini boleh mendaftar tender dengan menghantar e-mel ke alamat tender.secretary@dare.gov.bn dengan subjek bertajuk ‘SPARK Perimeter Fencing Procurement and Installation’.
Penghantaran tender tidak boleh lewat dari jam 3 petang 16 Februari.
Butiran lanjut boleh didapati di laman sesawang www.dare.gov.bn atau menghantar e-mel ke alamat tender.secretary@dare.gov.bn.