Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peluang teroka keindahan Pekan KB

    Oleh Dainel Lim

    BELAIT, 10 NOV – Sembilan pasukan yang masing-masing terdiri daripada tiga peserta menyahut cabaran menerokai keindahan Pekan Kuala Belait (KB) sebagai sebahagian daripada acara OilTown Explorace yang diadakan kelmarin.

    Acara yang bermula di Jalan McKerron, Kuala Belait itu telah disempurnakan pelepasan oleh Penghulu Mukim Kuala Belait, Haji Abdul Afiq bin Zainuddin.

    Dalam acara itu, menyaksikan kumpulan-kumpulan peserta singgah di pelbagai stesen yang menampilkan mercu tanda ikonik di kawasan sekitar seperti Taman Rekreasi Jubli Perak, Menara Cendera Kenangan dan lain-lain.

    Hadiah turut disampaikan kepada kumpulan-kumpulan yang bertanding pada penghujung pertandingan sebagai penghargaan atas penyertaan mereka dalam eksplorasi tersebut.

    Dianjurkan oleh Minda Youth Movement, perlumbaan berkenaan antara lain bertujuan untuk mengeratkan semangat berpasukan dalam kalangan peserta melalui persaingan sihat, di samping mempromosikan budaya tradisional dan permainan tempatan yang diketengahkan dalam setiap cabaran di setiap hentian.

    Perlumbaan itu juga diadakan sempena dengan Festival Penghulu Mukim dan Ketua Kampung (PMKK) Kebangsaan 2025 yang berlangsung dari 6 hingga 9 November.

    Antara peserta yang mengambil bahagian dalam OilTown Explorace, kelmarin. – GAMBAR-GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda