Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JUN – Lebih 80 orang dari pelbagai syarikat dan institusi menghadiri sesi Perkongsian Pengetahuan yang dianjurkan oleh Dynamik Technologies.
Hadir menyampaikan ucaptama ialah Pengurus Negara Microsoft Brunei, Akfash Latibu.
Sesi bertajuk ‘Bagaimana AI mengubah cara awda menggunakan Power BI’, menampilkan pembentangan maya oleh Dinesh Priyankara dari Microsoft.
Matlamat sesi berkenaan adalah untuk memberikan pandangan berharga tentang kuasa transformatif kecerdasan buatan (AI) dan kesannya terhadap pengalaman pengguna dengan Power BI.
Ceramah teknologi itu memberi peluang kepada peserta untuk meneroka keupayaan transformatif Power BI bersama-sama AI. Dengan membuka kunci potensi penuh data mereka, organisasi boleh memulakan perjalanan yang dipacu data ke arah kejayaan lebih besar.
Sesi berkenaan telah difasilitasi oleh Pakar Analitis, Yip Chong, dan Penganalisis Data, Nazihah Hipni, kedua-duanya dari Dynamik Technologies.
