Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peluang tonton pilihan raya AS secara langsung

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 NOV – Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Negara Brunei Darussalam mengadakan Acara Menonton Pilihan Raya Presiden 2024 yang berlangsung di Hotel Radisson, Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Acara itu memberikan peluang kepada jemputan yang terdiri daripada almuni pertukaran AS, ahli pertubuhan masyarakat, pemimpin pernigaan, komuniti diplomat serta warga AS di Negara Brunei Darussalam untuk menonton pilihan raya Presiden AS secara langsung.

    Dalam ucapan alu-aluannya, Duta AS ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Caryn R. McClelland menekankan kerjasama tidak berbelah-bahagi antara Negara Brunei Darussalam dan AS dengan kedua-dua buah negara meraikan 40 tahun hubungan diplomatik.

    Beliau menyatakan Negara Brunei Darussalam memainkan peranan yang penting di rantau ini dan hubungan dua hala di antara kedua-dua buah negara berkenaan akan terus berkembang.

    Para jemputan majlis berpeluang menyaksikan liputan langsung keputusan pilihan raya menerusi siaran berita AS serta berpeluang mengambil bahagian dalam permainan trivia pilihan raya AS.

    PYT Caryn R. McClelland semasa menonton siaran langsung pilihan raya pada acara berkenaan. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    Antara yang hadir pada acara tersebut. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    GAMBAR OLEH JAMES KON
    GAMBAR OLEH JAMES KON

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda