Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Peluang tunjuk bakat nyanyian pada Uji Bakat Bintang Harmoni 2022

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MEI – Orang ramai yang ingin menonjolkan bakat nyanyian adalah dialu-alukan untuk menyertai Uji Bakat Bintang Harmoni 2022 yang akan diadakan di keempat-empat daerah.

    Bagi uji bakat di Daerah Temburong, ia akan diadakan pada 13 Mei di Studio RTB Temburong dari pukul 2 petang hingga 7 malam, bagi Daerah Tutong, ia akan diadakan pada 14 Mei di Studio RTB Tutong dari pukul 2 petang hingga 7 malam dan bagi Daerah Belait, ia akan diadakan pada 15 Mei di Studio RTB Kuala Belait dari pukul 2 petang hingga 7 malam.

    Manakala itu, bagi Daerah Brunei dan Muara ia akan diadakan pada 20, 21 dan 22 Mei di Bangunan Unit Orkestra RTB Berakas dari pukul 2 petang hingga 7 malam.

    Syarat penyertaan bagi uji bakat berkenaan adalah peserta hendaklah terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam, penyertaan dibukakan kepada peserta solo lelaki dan perempuan yang berumur 18 hingga 50 tahun, tidak pernah menjuarai sebarang pertandingan nyanyian anjuran Radio Televisyen Brunei, peserta dikehendaki membawa audio minus one masing-masing dan lagu-lagu yang dipertandingkan terdiri daripada lagu-lagu berirama slow rock, R&B, jazz, pop, balada dan Nusantara yang diterbitkan pada 1980 hingga 2012.

    Para peserta juga dikehendaki untuk berpakaian kemas dan tidak menjolok mata, pihak penganjur berhak menambah dan mengubah mana-mana yang difikirkan perlu serta peserta dikehendaki mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan iaitu hendaklah dalam keadaan sihat dan mempunyai kod BruHealth
    berwarna hijau atau kuning, lengkap dua dos vaksin, melakukan ujian pantas antigen (ART) dengan keputusan negatif sebelum uji bakat, memakai pelitup muka serta menjaga jarak.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...