Saturday, October 5, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peluang uji kehebatan barisan inovatif Mazda

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Grand Auto Sdn Bhd, pengedar eksklusif kenderaan Mazda di Brunei, mengadakan acara Hujung Minggu Pelanggan Mazda hingga esok, di bilik pamerannya di Beribi.

    Acara berkenaan diisikan dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan dengan disediakan pelbagai pilihan makanan dan tawaran eksklusif untuk model-model Mazda terpilih.

    Sepanjang acara dua hari ini, pengunjung berpeluang melakukan pandu uji dan menerima baucar CBTL, menjadikannya peluang yang sempurna untuk merasai kehebatan barisan inovatif Mazda.

    Pasukan perunding jualan mazda akan memberikan maklumat lanjut untuk menjawab semua pertanyaan pelanggan dan membantu pelanggan mencari kereta yang sesuai dengan keperluan pelanggan.

    Orang ramai juga dialu-alukan membawa ahli keluarga ke acara berkenaan dan menikmati hari yang penuh dengan tawaran, makanan dan kegembiraan meneroka apa yang menjadikan Mazda peneraju dalam kecemerlangan automotif.

    Sehubungan itu, para media jemputan juga turut diberi peluang untuk menguji pandu kereta Mazda terkini dan mengalami sendiri kehebatan teknologi terbaharu kereta Mazda.

    Para pengunjung menyaksikan dengan lebih dekat model-model kenderaan Mazda yang dipamerkan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Orang ramai dialu-alukan berkunjung ke bilik pameran Mazda bagi aktiviti pandu uji. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda