Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Peluang uji pandu model terkini BMW

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JUN – Orang ramai berpeluang memenangi hadiah menarik cabutan bertuah apabila membuat uji pandu mana-mana model terbaharu BMW semasa sesi uji pandu yang akan dianjurkan oleh QAF Auto esok.

    Termasuk dalam barisan model bagi sesi uji pandu itu ialah BMW 3 Series, sedan sport terbaik yang antara lain dilengkapi dengan kokpit profesional BMW, pembantu suara pintar, bantuan undur dan bantuan tempat letak kereta.

    QAF Auto selaku pengedar dan pengimport tunggal jenama BMW di Brunei, turut mengumumkan bahawa pada masa ini mereka menawarkan kadar pembiayaan rendah istimewa untuk model BMW terpilih.

    Orang ramai akan berpeluang menguji pandu BMW 3 Series semasa sesi uji pandu itu. – Gambar serahan QAF Auto
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...