Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Pelukis Francoise Gilot meninggal dunia

    NEW YORK, 7 JUN – Pelukis dan teman rapat artis Pablo Picasso, Francoise Gilot, meninggal dunia, lapor agensi Berita Jerman (dpa).

    Gilot, 101, meninggal dunia semalam di hospital New York, menurut laporan media di Amerika Syarikat (AS) setelah mendapat pengesahan daripada anak perempuannya, Aurelia Engel. Gilot menderita penyakit jantung dan paru-paru.

    Dilahirkan pada tahun 1921 di Neuilly-sur-Seine, di barat Paris, Gilot membuka sebuah studio sendiri ketika masih muda dan menganjurkan pameran pertamanya. Pada tahun 1943, beliau bertemu Picasso yang berusia kira-kira 40 tahun lebih tua daripadanya.

    Kedua-duanya menjadi pasangan dan mempunyai dua anak, Claude dan Paloma. Pada tahun 1953, Gilot meninggalkan Picasso, satu-satunya wanita yang meninggalkan tokoh seni abad ke-20 itu. Gilot kemudiannya menerbitkan buku mengenai kisah hubungannya itu, Life with Picasso.

    Gilot kemudian berkahwin dengan pelukis Luc Simon dan mempunyai seorang anak perempuan, Aurelia.

    Beliau kemudian berpindah ke New York dan pada tahun 1970 berkahwin dengan Jonas Salk, yang membangunkan vaksin polio dan hidup bersama sehingga suaminya menghembuskan nafas terakhir pada 1995. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...