Sunday, December 22, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelumba basikal negara lakar sejarah

    Oleh Hakim Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 SEPT – Dayangku Yasrinnur Hayatul Aqmar binti Pengiran Haji Yakub telah memenangi tempat ketiga bagi kategori wanita dalam acara Layar Cycling Carnival 2024 Edisi Ke-6 iaitu perlumbaan lebuh raya basikal sejauh 89 kilometer yang telah diadakan di Betong, Sarawak pada 1 September lalu.

    Beliau telah mencatatkan masa 2 jam 57 minit dalam mengharungi perjalanan perlumbaan yang penuh dengan bukit-bukau.

    Manakala, Amiruddin bin Hj Mohamad Amir telah mencatatkan masa 2 jam 15 minit untuk muncul sebagai juara dalam kategori Lelaki Terbuka selepas meninggalkan pelumba-pelumba elit daripada Negeri Terengganu, Malaysia sekali gus membawa pulang jersi juara ke tanah air yang menjadi rebutan para peserta perlumbaan.

    Harapan mereka selepas memenangi perlumbaan tersebut adalah untuk memberi keyakinan kepada para peminat sukan berbasikal tanah air agar tampil ke hadapan mengikuti apa jua sebarang perlumbaan basikal.

    Reaksi Dayangku Yasrinnur Hayatul Aqmar semasa menerima pingat tempat ketiga dalam acara berkenaan. – GAMBAR SERAHAN HAKIM HASSAN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda