Oleh Daniel Lim –
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 SEPT – Kontinjen dan individu dari Brunei berjaya meraih tempat di podium selepas bersaing selama dua hari dari 23 hingga 24 September lalu.
Salah seorang pemenang ialah Zailan bin Zaini dari Pasukan 8090 yang menyertai kejohanan di bawah Persatuan Bot Laju Negara Brunei Darussalam (PBLBD) dan menduduki tempat ketiga bagi kedua-dua perlumbaan dalam kategori SST60 kejohanan tersebut.
Sementara itu, pelumba individu, Abdul Muhaimin @Koming bin Armaini dari pasukan Pasukan Gemilang Raja Kerbau turut meraih tempat pertama bagi kategori 50HP.
Dengan kemenangan itu, persatuan itu juga bersedia untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan bot laju antarabangsa akan datang pada bulan Oktober sebagai sebahagian daripada Festival Bintangor.