Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peluncur air kejar rekod baharu

    MUNICH, JERMAN – Sebastian Steudtner sudah pun memegang rekod dunia untuk ombak terbesar yang pernah diluncur, tetapi apabila musim ombak gergasi bermula, warga Jerman itu akan menggunakan sains dan teknologi untuk mengejar rekod baharu.

    Memanfaatkan kehebatan teknikal pembuat kereta lumba Porsche dan pakar alat ganti Schaeffler, Steudtner berusaha untuk mengatasi rekod ombak 26.21 meter yang dicatatnya di peluncur Portugal tiga tahun lalu.

    “Dengan ombak rekod dunia, saya menyedari bahawa saya telah mencapai had untuk kelajuan yang dicatat papan luncur air saya,” kata Steudtner kepada AFP mengenai
    acara terakhirnya, melibatkan ombak yang mencecah ketinggian bersamaan bangunan lapan tingkat.

    “Bersama dengan Porsche, kami bertanya kepada diri sendiri bagaimana kami boleh menjadikan papan luncur air lebih pantas dan lebih stabil,” kata warga Bavaria berusia 38 tahun itu.

    Peluncur yang meningkatkan kelajuan mereka boleh menghadapi ombak yang lebih besar – walaupun ia bukan hanya mengenai ‘keperluan untuk kelajuan’ tetapi soal keselamatan juga.

    Peluncur Sebastian Steudtner bergambar bersama papan luncur baharunya di petak Porsche semasa pameran Automobil IAA di Munich, Jerman pada 8 September. – AFP

    “Kelajuan sangat penting bagi kami kerana semakin besar ombak, semakin laju saya perlu lari daripadanya,” kata Steudtner.

    “Kuasa ombak adalah kuasa mutlak,” katanya, ‘seperti merasa bangunan menolak awda.’

    Steudtner berkata tekanan meluncur ombak terbesar bermakna peluncur perlu tahu peralatan mereka untuk membolehkan mereka memberi tumpuan kepada acara itu sendiri.

    Menggambarkan acara yang memecahkan rekodnya pada tahun 2020, apabila dia menambah hampir dua meter kepada rekod sebelumnya.

    Dia berkata, “Saya meluru merentasi ombak pada kelajuan 80 kilometer sejam dan menumpukan perhatian 100 peratus.

    “Saya tidak memikirkan masa lalu, masa kini dan masa depan.

    “Saya memberikan tumpuan sepenuhnya. Saya tidak mempunyai masa untuk berfikir ‘wow, ombak ini cantik’,” katanya.

    Untuk membolehkan peluncur memanfaatkan dan menguasai kuasa lautan, papan luncur air bukan sahaja perlu menjadi lebih pantas, tetapi juga lebih stabil dan boleh dikendalikan pada kelajuan yang ekstrem.

    Jurutera Porsche membantu membangunkan papan luncur air baharu dengan muncung, ekor dan sisi yang disesuaikan untuk meningkatkan hidrodinamik.

    Schaeffler menghasilkan satu lapis penyalut untuk mengurangkan geseran yang membantu papan meluncur melalui air.

    Melalui ujian dalam simulator terowong angin, Steudtner dapat melihat bagaimana dia harus meletakkan dirinya di papan ketika ia mengendalikan ombak besar.

    “Melalui perubahan pada papan luncur dan mengubah kedudukan Sebastian, kami dapat mengurangkan rintangan udara sebanyak 20 peratus,” kata Markus Schmelz, pengurus projek di Porsche.

    Inovasi itu ‘menjadikan papan luncur air lebih pantas dan lebih stabil pada kelajuan tinggi’.
    Papan baharu, berwarna kuning dan hitam, telah pun siap.

    Steudtner, yang berlatih setiap hari di gim untuk membina kekuatan ototnya, bersedia untuk menghadapi musim luruh dan musim sejuk mengejar ombak besar.

    Diiringi oleh sepasukan 30 orang, termasuk doktor tentera, Steudtner berkata dia berharap dapat ‘memahami perjalanan ombak di lautan.’

    Dengan kuasa sains dan reka bentuk yang menarik, Jerman mungkin hanya mempunyai beberapa hari lagi untuk menguji papan di peringkat terbesar.

    “Saya perlu memberikan yang terbaik”. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda