Sunday, January 5, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peluncur hilang disyaki maut diserang jerung

    SYDNEY, 3 JAN – Seorang peluncur yang hilang di selatan Australia dipercayai maut akibat diserang jerung, menurut polis hari ini, ketika mereka meneruskan pencarian untuk menemui mayat mangsa.

    Saksi melihat kejadian serangan jerung ketika mangsa sedang meluncur ombak pada petang kelmarin di sebuah lokasi popular yang dikenali sebagai Granites di selatan Australia, kata polis.

    Konstabel Kanan Rebecca Stokes berkata papan luncur mangsa telah dijumpai.

    “Tetapi tiada tanda langsung mengenai lelaki muda ini, tiada sebarang petunjuk,” katanya kepada penyiar kebangsaan ABC.

    Polis selatan Australia dalam satu kenyataan hari ini menyatakan bahawa mereka percaya mangsa adalah ‘korban serangan jerung.”

    Gambar Freepik

    Tiada butiran lanjut mengenai jerung yang terlibat, namun jerung putih sering berkeliaran di pesisir pantai yang berangin di selatan Australia.

    Pada tahun 2023, seorang lelaki berusia 55 tahun maut dalam serangan jerung semasa meluncur berhampiran Granites.

    Dua peluncur lain juga terkorban akibat serangan jerung di kawasan lain di selatan Australia pada tahun yang sama.

    Akhir minggu lalu, seorang pendeta berusia 40 tahun maut akibat serangan jerung ketika memancing di luar Terumbu Karang Besar Australia. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda