SYDNEY, 9 OKT – Seorang peluncur hilang selepas diserang jerung di pesisir barat daya Australia hari ini, di sebuah kawasan yang terkenal dengan serangan jerung.
Peluncur itu – yang dipercayai seorang lelaki, diserang pada pagi hari ini di pantai Kelp Beds, berhampiran Esperance – kira-kira tujuh jam perjalanan dari Perth, kata polis tempatan.
Seorang lagi peluncur yang cuba menolong lelaki itu gagal menariknya keluar dari air selepas serangan itu berlaku, kata Perdana Menteri Australia Barat, Mark McGowan kepada media.
“Kedengarannya seperti keadaan di sana adalah sangat sukar,” kata McGowan. Papan peluncur lelaki itu yang terdampar di pantai menunjukkan tanda-tanda jelas serangan jerung tetapi penyelamat masih menjalankan operasi mencari mangsa, kata anggota polis kanan Australia Barat, Sarjan Justin Tarasinski kepada penyiar nasional ABC. – AFP