SYDNEY, 24 JULAI – Seorang peluncur air sedang pulih di hospital selepas diserang oleh seekor jerung putih yang besar di kawasan meluncur popular di luar pantai barat Australia hari ini.
Lelaki berusia awal 20an itu digigit ketika meluncur berhampiran Pantai Gnarabup yang indah, selatan Perth pada pagi ini.
Menurut akhbar The West Australian, mangsa dibantu oleh seorang jururawat selepas dia berjaya sampai ke kafe berhampiran.
Peluncur lain membawanya ke hospital tempatan dan dia kemudiannya dipindahkan ke Hospital Wilayah Bunbury yang lebih besar, dengan gambar di laman web akhbar itu menunjukkan dia tiba di atas pengusung, duduk dan terjaga. – AFP
