Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peluncur warga emas putus kaki diserang ikan yu berhampiran pantai Maui

    WASHINGTON, 3 NOV – Seorang lelaki berusia 61 tahun yang melakukan aktiviti meluncur di pulau Maui, Hawaii putus kedua-dua belah kakinya dalam serangan ikan yu, kata polis tempatan, lapor United Press International.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pegawai polis dan Bomba Daerah Maui, lelaki tempatan itu yang belum dikenal pasti oleh pihak berkuasa sedang meluncur pada pagi Jumaat di kawasan Waiehu Beach Park yang dikenali sebagai Sand Piles ketika serangan berlaku.

    Pasukan penyelamat dikerahkan ke pantai pada 7:05 pagi (Jumaat). Apabila mereka tiba, pasukan berkenaan melihat lelaki itu telah berjaya sampai ke pantai dengan bantuan orang awam walaupun kakinya terputus dari paras bawah lutut.

    Penolong Ketua Jabatan Bomba dan Keselamatan Awam Maui, Jeff Giesea berkata mangsa dalam keadaan sedar semasa dirawat di pantai dan dibawa ke Pusat Perubatan Memorial Maui dalam keadaan kritikal.

    Laman GoFundMe yang ditubuhkan oleh ahli keluarga untuk membantu menampung kos perubatan mengenal pasti mangsa sebagai ‘Kenji’. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda