Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peluru berpandu berjaya dipintas

    RIYADH, 18 Jun – Tentera pertahanan udara Arab Saudi hari ini memintas peluru berpandu balistik yang dilancarkan dari wilayah pemberontak di Yaman, menurut laporan media negara, ketika tentera gabungan yang diketuai oleh Riyadh cuba merampas balik sebuah pelabuhan strategik.

    Peluru berpandu yang menyasarkan bandar Jizan itu telah menyebabkan seorang warga Pakistan tercedera, kata tentera gabungan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Agensi Akhbar Saudi.

    Pemberontak Houthi yang disokong oleh Iran mendakwa melalui akhbar berita mereka, Al-Masirah bahawa peluru berpandu itu telah menyasarkan kem tentera di Jizan.

    Para pemberontak dalam beberapa bulan kebelakangan ini telah melancarkan serangan peluru berpandu terhadap Arab Saudi, yang mengetuai tentera gabungan menentang tentera pemberontak sejak tahun 2015.

    Serangan terbaharu itu datang ketika pasukan tentera pro-kerajaan Yaman dalam pertempuran berat dengan pemberontak ketika mereka membalas serangan tentera gabungan Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk merampas balik pusat bantuan utama, Hodeida. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda